
Cuba pula engkau lihat kebejatan akhlak di negara kita sendiri,
tidak mustahil jika suatu hari nanti yang engkau nampak adalah adik, abang dan
keluargamu sendiri yang melakukannya. Itukah yang engkau mahu sahabat?
Sedangkan kita telah dibekalkan dengan ilmu oleh para guru yang tidak kenal
erti penat lelah untuk memastikan para pelajarnya keluar sebagai bukan sahaja
orang yang berjaya bahkan juga sebagai da’ie di alam ini. Inginkah engkau lihat
saudara-saudara kita terpekik, terlolong di dalam neraka ? sanggupkah engkau
lihat ibu ayah kita menangis sepanjang masa di dalam kuburan melihat
anak-anaknya tidak menjadi ‘manusia’ yang diinginkan oleh Allah ? dan
kemudiannya mereka-mereka itulah akan menarikmu pula ke dalam neraka bersama
sebab engkau tidak menjalankan tugasmu sebagai saudara seIslam untuk menegur
dan menasihati mereka.
Sebab itu sahabat, cahaya Islam itu semakin suram, api pelitanya
yang menerangi alam tidak seperti di zaman-zaman kebesarannya. Para ulama’
dibisukan dengan dunia oleh umara’. Mereka diselubungi oleh ketakutan sepanjang
masa untuk menyuarakan yang haq. Agama telah diletakkan di bibir-bibir mereka
sahaja.
![]() |
dakwah akan tetap melaju ^^ |
Sahabat, tugas dakwah ini tugas kita, sebab kita telah belajar
apa erti kesusahan Rasulullah dalam menyebarkan agama, kita telah merasai
kemuliaan para sahabat yang mengalirkan air mata pengorbanan hingga dapat
membangunkan Islam di seluruh pelosok dunia. Mereka bangun dengan semangat
jihad yang dibentuk oleh al Quran dan sunnah Rasulullah, di hati-hati mereka
tiada perasaan gentar atau takut selain dari Allah.
Mereka faham benar apa yang dimaksudkan di dalam ayat “Wahai
orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak
melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu
yang kamu tidak melakukannya” Surah As Saff ayat 2-3. Sebab itu sahabat, dengan
nasihat yang lahir dari lubuk hati ini, dengan ikhlas aku menyatakannya kerana
aku ingin melihat cahaya Islam itu semakin gemilang, agar Rasulullah mampu
tersenyum andainya melihat sinarnya Islam selepasnya tidak kunjung padam.
Moga-moga dengan amal ikhlasmu dalam juang ini akan dipandang oleh Allah dan
diredhaiNya di dunia dan di akhirat sana. Insya Allah…
amiin...
ReplyDeletenice post there :)
i like..:)
tq..m0ga ia bermanfaat=)
ReplyDeletehttp://peaceder.blogspot.com/2012/08/peaceder-volkswagen-aqua-hovercraft.html.. FOLLOW ME BACK
ReplyDelete